Wednesday, December 14, 2005

GOBLOG! - Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil

Nama Buku: GOBLOG! - "Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil"

Pengenalan
saya mula berfantasi untuk menghasilkan sebuah buku/zine yang mengumpulkan tulisan weblog anak-anak punk/hc. dan untuk merealisasikan fantasi ini, saya perlukan kerjasama dari kamu semua. disini, saya ingin meminta sekurang-kurangnya 5 artikel yang kamu hasilkan di blog kamu ini. dan jumlah maksimum artikel yang kamu boleh sertakan adalah 10. Penyertaan adalah dibuka kepada mereka yang mempunyai blog dan juga berpengetahuan tentang punk/hc. :). untuk menyumbang artikel atau catatan weblog untuk dibukukan, sila hantarkan koleksi tulisan anda kepda saya di alamat merahdanhitam@yahoo.com atau faisal@papakerma.com

Tujuan Projek
- Mem"buku"kan tulisan yang ada dalam blog.
- Memperbanyak dan menvariasikan bahan bercetak hasil anak-anak punk/hc.
- Mencipta sejarah yang tersendiri. :)

Harus Diperbincangkan
- soal nama besar buku/zine yang akan dihasilkan
- soal susun atur/lay out
- soal distribusi
- sasaran pembaca
- cara pendistribusian
- promosi

Hantarlah apa saja jenis catatan anda seperti kategori-kategori berikut
1. SINIS: Humor, komedi, satira
2. NASIHAT: Seruan kepada kebaikan, hujah, dakwah
3. BALADA: Luahan hati, jiwang karat, keluhan nurani
4. PUISI: Pantun, Sajak, Seloka
5. GANAS: Bahasa Pasar, Slanga, Brutal
6. ENGLISH: Yes, no and alright.
7. RENCAM: Apa-apa yang tidak tersenarai dalam kategori di atas.

Syarat WAJIB
* Pastikan entri/artikel weblog yang asli.
* Setiap entri/artikel perlulah mempunyai:
a) Tajuk
b) Tarikh (jika ada)
c) Permalink atau URL
d) apa-apa saja yang ingin diletak. :)

PENTING NIH!
Copy and paste catatan pilihan, kemudian edit atau taip menggunakan MSWord atau yang seangkatan. Save-kan ke format *.doc dan email sebagai attachment. Kenapa nak kena hantar dalam format MSWord? Sebabnya kalau catatan anda ada yang dalam bentuk BOLD, ITALIC, UNDERLINE, dan sewaktu dengannya, maka bentuk-bentuk tulisan anda tersimpan rapi seperti yang anda mahukan.

7 Comments:

Blogger Dhani said...

memang projek ni terkesan daripada JIWA KACAU. hehe. ini Jiwa Kacau versi "underground". :).hehe

9:26 AM  
Blogger Dhani said...

buat masa sekarang, berikut adalah antara mereka yang bersetuju untuk menjayakan projek buku ini:

1] Kumprinx http://kumprinx.blogspot.com/

2] Zaza http://apokobondo.blogspot.com/

3] Keju http://documentationofmind.blogspot.com/

4] Pika http://www.forbidden_gerden.blogspot.com/

5] Izwan http://hatibusuk.blogspot.com/

6] Fahmi http://www.fakapunch.blogspot.com/

7] JR http://www.akubudakbiadap.blogspot.com/

8] Dhani http://bilik.blogspot.com/

9] Lokman http://www.breakandburn.blogspot.com/

10] Zaki Starz http://zaxxx.tblog.com/

11] Aiya http://chempakabiru.blogspot.com/

11:14 PM  
Blogger munirah hayati said...

dah siap ke belum

6:52 AM  
Blogger Dhani said...

on da way nak siap... hehe.:)

8:11 PM  
Blogger hamka said...

kalau rajin boleh datang sini:

www.keretamayat.blogspot.com

3:06 AM  
Blogger hamka said...

kalau rajin boleh datang sini:

www.keretamayat.blogspot.com

3:06 AM  
Blogger Editor said...

maaf, dhani n fao, aku cuma mahu tahu kalau 100 unit berapa kosnya.. utk jumlah yg betul kena tanya dhani, sebab dia penyelenggara.. aku cuma membantunya.. maaf sekali lagi yeerr..

12:01 AM  

Post a Comment

<< Home