Monday, January 04, 2016

Rumah Untuk Di Sewa - Kok Lanas, Kelantan







🏠Rumah Teres PT3035 Taman Merbau Utama, Kok Lanas. 

🏘 3 bilik tidur, 2 bilik air. 
🏘 Ruang tamu dan master bedroom dilengkapi dengan kipas. 
🏘 Rumah ada grill serta awning di ruangan parking.

-----------------------

🏘  Berdekatan dengan:
    Kolej Metrikulasi Kok Lanas
    Politeknik Kok Lanas
    Masjid
    Bank
    Sekolah
    KFC
    McD
    Pasaraya Econjaya

+ InsyaAllah tiada masalah bekalan air. Tidak pernah berlaku masalah air setakat ini.


-----------------------

🏘 Nilai sewaan RM470 sebulan

-----------------------

* Keutamaan diberikan kepada penyewa:
berkeluarga
+ bekerja kerajaan / tetap
+ warganegara Malaysia.

maklumkan status ini kepada kami untuk proses sewaan.
-----------------------

🏘 Bayaran kemasukan: Sewa bulanan + Dua bulan deposit  sewa + Deposit api & air rm200

- contoh pengiraan: 

Sewa bulanan [rm470] + dua bulan deposit [rm470 + rm470] + deposit api air [rm200] = RM1610

- deposit akan dikembalikan sekiranya tidak berlaku sebarang kerosakan pada premis.

-----------------------

WhatsApps jika berminat untuk sewa: http://www.wasap.my/60139875607 


STATUS TERKINI RUMAH : 
RUMAH KOSONG. AVAILABLE UNTUK DISEWA. (April 2024)





Labels: , , , , , , , , , , , ,

Friday, April 14, 2006

PINDAH!

goblog! telah pun berpindah ke tapak blog yang baru. sila lawat kami di alamat baru di sini: www.goblog2006.blogdrive.com

Wednesday, February 01, 2006

GOBLOG! dalam proses pengeditan.

oooppppsss! maaf ya. buat masa sekarang, rasanya cukup dulu dengan partisipasi yang ada. sebarang kontribusi yang diterima selepas ini akan disimpan untuk Goblog! isu yang seterusnya. buat masa sekarang, Goblog! dalam proses pengeditan susun atur dan juga kami sedang mencari kedai printing yang bisa mencetak buku ini dalam kadar kos yang paling minima. ada sesiapa tahu dimana ada kedai printing yang murah?
nota: jumlah buku yang ingin dicetak tidak melebihi 500 salinan.

Wednesday, December 14, 2005

GOBLOG! - Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil

Nama Buku: GOBLOG! - "Koleksi Tulisan Blog Orang Kecil"

Pengenalan
saya mula berfantasi untuk menghasilkan sebuah buku/zine yang mengumpulkan tulisan weblog anak-anak punk/hc. dan untuk merealisasikan fantasi ini, saya perlukan kerjasama dari kamu semua. disini, saya ingin meminta sekurang-kurangnya 5 artikel yang kamu hasilkan di blog kamu ini. dan jumlah maksimum artikel yang kamu boleh sertakan adalah 10. Penyertaan adalah dibuka kepada mereka yang mempunyai blog dan juga berpengetahuan tentang punk/hc. :). untuk menyumbang artikel atau catatan weblog untuk dibukukan, sila hantarkan koleksi tulisan anda kepda saya di alamat merahdanhitam@yahoo.com atau faisal@papakerma.com

Tujuan Projek
- Mem"buku"kan tulisan yang ada dalam blog.
- Memperbanyak dan menvariasikan bahan bercetak hasil anak-anak punk/hc.
- Mencipta sejarah yang tersendiri. :)

Harus Diperbincangkan
- soal nama besar buku/zine yang akan dihasilkan
- soal susun atur/lay out
- soal distribusi
- sasaran pembaca
- cara pendistribusian
- promosi

Hantarlah apa saja jenis catatan anda seperti kategori-kategori berikut
1. SINIS: Humor, komedi, satira
2. NASIHAT: Seruan kepada kebaikan, hujah, dakwah
3. BALADA: Luahan hati, jiwang karat, keluhan nurani
4. PUISI: Pantun, Sajak, Seloka
5. GANAS: Bahasa Pasar, Slanga, Brutal
6. ENGLISH: Yes, no and alright.
7. RENCAM: Apa-apa yang tidak tersenarai dalam kategori di atas.

Syarat WAJIB
* Pastikan entri/artikel weblog yang asli.
* Setiap entri/artikel perlulah mempunyai:
a) Tajuk
b) Tarikh (jika ada)
c) Permalink atau URL
d) apa-apa saja yang ingin diletak. :)

PENTING NIH!
Copy and paste catatan pilihan, kemudian edit atau taip menggunakan MSWord atau yang seangkatan. Save-kan ke format *.doc dan email sebagai attachment. Kenapa nak kena hantar dalam format MSWord? Sebabnya kalau catatan anda ada yang dalam bentuk BOLD, ITALIC, UNDERLINE, dan sewaktu dengannya, maka bentuk-bentuk tulisan anda tersimpan rapi seperti yang anda mahukan.